ANGGOTA bomba berusaha membawa keluar mangsa yang terperangkap. FOTO ihsan bomba

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

Tapah: Dua mangsa dikhuatiri tertimbus selepas berlaku gelongsoran tanah di kawasan pembinaan di Jalan Kampung Banir, Batu 3, Temoh, di sini, kira-kira 4 petang tadi.

Menerusi maklumat awal bomba, dua mangsa yang dipercayai pekerja kawasan pembinaan itu dikhuatiri tertimbus berdasarkan maklumat diterima daripada orang awam di kawasan itu.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 4.30 petang tadi sebelum anggota dikerahkan ke kawasan kejadian.

Katanya, anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi membawa keluar mangsa yang terperangkap.

"Setakat ini operasi masih dijalankan dan identiti mangsa belum dikenal pasti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Februari 2015 @ 6:08 PM