WANITA berusia 58 tahun dan pasangannya ditahan dalam Ops Limau JAINJ sekitar Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.
WANITA berusia 58 tahun dan pasangannya ditahan dalam Ops Limau JAINJ sekitar Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Tujuh pasangan bukan mahram ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam Ops Limau sempena Tahun Baru Cina di lapan hotel bajet sekitar Taman Ungku Tun Aminah dan Skudai di sini, malam tadi.

Dalam operasi yang bermula jam 11 malam hingga 4 pagi tadi, JAINJ menahan 14 individu, termasuk pelajar tingkatan empat dan wanita 58 tahun, yang disyaki berkhalwat atau berdua-duaan tanpa sebarang ikatan sah.

Ketua Operasi dari Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Agama Daerah Johor Bahru Khairudin Mat Ali berkata, antara yang ditahan empat warga asing masing-masing dua orang dari Bangladesh dan Indonesia.

"Semua mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 27(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana berkhalwat.

"Mereka dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk mengambil keterangan sebelum ke pejabat JAINJ untuk tindakan selanjutnya," katanya.9

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 5:05 PM