SEPASANG kekasih yang ditahan di sebuah hotel bajet di sekitar Skudai, pada operasi maksiat Ops Mawar Merah oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Johor Bahru. FOTOMohd Azren Jamaludin
SEPASANG kekasih yang ditahan di sebuah hotel bajet di sekitar Skudai, pada operasi maksiat Ops Mawar Merah oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Johor Bahru. FOTOMohd Azren Jamaludin
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Sembilan lelaki dan tujuh wanita ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat dalam Ops Mawar Merah di sekitar Skudai di sini, tengah malam tadi.

Dalam operasi yang bermula kira-kira 12 tengah malam itu, sebanyak lima hotel bajet sekitar Taman Ungku Tun Aminah dan Taman Sri Putri di sini, diserbu.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan JAINJ, Mohd Zamri Kambari berkata, Ops Mawar Merah yang turut diadakan secara serentak di semua daerah berlangsung dua hari bermula tengah malam tadi dan disambung pagi ini sebelum berakhir malam ini.

Beliau berkata, mengikut laporan yang diterima, di Kota Tinggi turut menahan empat lelaki dan lima wanita, manakala Batu Pahat dan Kluang masing-masing menahan lapan pasangan.

Katanya, semua ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2016 @ 2:04 PM