Charles (dua dari kiri) pada majlis penyampaian hadiah pertandingan ‘Win Big With RHB Debit Mastercard’, semalam.
Charles (dua dari kiri) pada majlis penyampaian hadiah pertandingan ‘Win Big With RHB Debit Mastercard’, semalam.

Kuala Lumpur: RHB Banking Group berjaya menjana RM11 juta menerusi perbelanjaan runcit dalam kalangan pemegang ahli kad RHB Debit Mastercard.

Ketua Perbankan Kumpulan Runcitnya, Charles Sik berkata, jumlah itu diperoleh menerusi pertandingan ‘Win Big With RHB Debit Mastercard’ yang dijalankan dari 28 Mei hingga 19 Ogos lalu.

“Pertandingan ini satu inisiatif kami untuk merangsang pelanggan berbelanja dengan menggunakan kad debit terbabit,” katanya pada majlis penyampaian hadiah pertandingan di sini, semalam.

Pertandingan itu dianjurkan dengan kerjasama antara RHB Banking Group dan Mastercard untuk memberi ganjaran kepada pemegang kad dengan hadiah yang menarik.

Pemenang menerima ganjaran sebuah kereta terbaru Ford Fiesta Sport 1.5L Ti-VCT dan hadiah wang tunai bernilai RM1,000 setiap seorang turut diberikan kepada 12 pemenang mingguan.

Sementara itu, berikutan kejayaan itu, RHB berharap untuk terus bekerjasama dengan rakan kongsinya bagi menganjurkan pertandingan yang bakal memberi lebih manfaat kepada pengguna kad debit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Oktober 2014 @ 5:02 AM