KENDERAAN pacuan empat roda yang di samun.
KENDERAAN pacuan empat roda yang di samun.
Oleh Muhammad Apendy Issahak


Ipoh: Seorang kontraktor bersama isterinya disamun sekumpulan empat lelaki yang memakai topeng dan bersenjatakan parang serta tukul besi ketekia baru saja keluar dari bank di Laluan Gunung Rapat 1, Gunung Rapat, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, pasangan terbabit yang setengah jam sebelum kejadian berlaku ke sebuah bank di sini untuk mendeposit sejumlah wang dan sebaik keluar dari bank berkenaan kedua-duanya menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk beredar.

Bagaimanapun, selepas kira 100 meter bergerak, kenderaan yang dipandu isteri mangsa itu dihalang sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki empat lelaki.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, sebaik laluan mangsa dihalang, tiga suspek yang memakai topeng dan bersenjatakan parang serta tukul besi menyerbu ke kenderaan mangsa sebelum bertindak memecahkan cermin bahagian pemandu dan penumpang hadapan.

"Kontraktor berkenaan yang duduk dibahagian penumpang depan dan memegang sebuah beg mengandungi wang tunai kemudian diugut untuk ditetak dengan parang oleh suspek.

"Mangsa yang ketakutan melepaskan beg berkenaan dan kesemua suspek kemudian beredar melarikan diri melalui jalan besar berhampiran," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

"Kontraktor berkenaan yang duduk dibahagian penumpang depan dan memegang beg mengandungi wang tunai berjumlah RM173,000 kemudian diugut untuk ditetak dengan parang oleh suspek.

Katanya, isteri mangsa mengalami kecederaan ringan ditangan akibat terkena kaca tingkap yang dipecahkan, manakala kontraktor berkenaan tidak cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 3:25 PM