SAKSIKAN pelbagai bentuk layang-layang yang terbang di ruang udara Pasir Gudang sempena World Kite Festival 2015.
SAKSIKAN pelbagai bentuk layang-layang yang terbang di ruang udara Pasir Gudang sempena World Kite Festival 2015.
SIMBOLIK pelancaran Tahun Melawat Selangor 2015.
SIMBOLIK pelancaran Tahun Melawat Selangor 2015.
Oleh Suliati Asri


Bertujuan mempromosikan Selangor di dalam dan luar negara, Tahun Melawat Selangor 2015 pastinya lebih meriah.

Penganjuran kedua selepas Tahun Melawat Selangor pada 2000, program itu anjuran kerajaan Selangor bersama Tourism Selangor yang menyediakan pelbagai acara menarik sepanjang tahun.

Tahun Melawat Selangor juga dijadikan penanda aras bagi industri pelancongan negeri.

Uniknya, penganjuran Tahun Melawat Selangor 2015 ini adalah satu kombinasi warisan dan alam semula jadi yang mengagumkan dengan Selangor dapat menyerlah dan terbuka buat semua pengunjung.

Dikenali negeri maju, Selangor menawarkan landskap menarik daripada air terjun ke bukit bukau, taman nasional ke arena sukan bertaraf antarabangsa dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan.

Justeru, untuk Tahun Melawat Selangor 2015, terdapat tiga elemen utama yang diberikan perhatian iaitu eko, sukan dan warisan.

Antara tempat menarik yang diketengahkan adalah Kelip-Kelip Kampung Kuantan, FRIM Kepong dan Taman Botani Negara Shah Alam dibawah Pelancongan Eko.

Mercu tanda terkenal seperti Istana Alam Shah di Klang, Batu Caves dan Pulau Carey mempunyai potensi tinggi untuk produk Pelancongan Warisan dan Kebudayaan sementara aktiviti sukan turut ditawarkan.

Semua elemen yang diketengahkan ini amat bersesuaian dengan tema yang diberikan iaitu ‘Discover Selangor, Terokai Selangor’.

Dengan mengambil kelip-kelip yang siap memakai topi, kasut dan memegang kamera yang menunjukkan ciri-ciri seorang pelancong sebagai maskot, pelancaran acara ini menyasarkan tujuh juta pelancong melawat negeri itu.

Dengan keunikan yang ada, Tahun Melawat Selangor 2015 pastinya membawa pengunjung ke negeri ini untuk menikmati keindahan alam semula jadi, termasuk taman dan hutan simpan, serta acara dan aktiviti sukan popular di Selangor.

Tidak dilupakan, budaya dan warisan Selangor akan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 10:10 AM