FARHOD (kiri), Sadriddin (tengah) dan Oniaya jadi sandaran T-Team.
FARHOD (kiri), Sadriddin (tengah) dan Oniaya jadi sandaran T-Team.
Oleh Malik Muhamad


Kuala Terengganu: “Lupakan episod kekalahan pertama sebaliknya pemain perlu bangkit memburu kemenangan,” kata Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mohd Zain merujuk kepada pertemuan menentang Pulau Pinang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.

Menurutnya, aksi pertama perlu dijadikan pengajaran berguna buat pemain untuk menang di gelanggang sendiri bagi mengutip tiga mata pertama.

“Bagi memastikan impian itu tercapai, pemain perlu memberikan aksi terbaik sejak wisel pertama bagi menekan lawan.

“Saya yakin barisan pemain di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner mampu menang apatah lagi dengan kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri,” katanya.

Mengenai kecederaan penyerang utama Mohd Ramzul Zahini Adenan, Mohd Syahrizan memaklumkan mereka tidak bimbang kerana beberapa pemain simpanan mampu memikul tanggungjawab di posisi itu.

“Penyerang import Farhod Tadjiyev akan menerajui jentera serangan untuk merobek gawang lawan selain Syam Shahril Ghulam dan Mohd Faizuddin Manjur Ahmad,” katanya.

Katanya, The Titans juga diperkuat dua lagi pemain tengah import Sadriddin Abdulalev dan pemain Nigeria David Oniaya di bahagian pertahanan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 8:14 AM