KEBAKARAN di Kampung Sinong, Bintulu.
KEBAKARAN di Kampung Sinong, Bintulu.
KEBAKARAN di Kampung Sambir, Kota Samarahan.
KEBAKARAN di Kampung Sambir, Kota Samarahan.
Oleh Alias Abd Rani

Kuching: Enam daripada tujuh rumah musnah dalam kebakaran di dua lokasi berasingan, masing-masing di Kota Samarahan dan Bintulu, pagi tadi.

Kejadian pertama membabitkan empat rumah di Kampung Sinong, Jalan Masjid di Bintulu apabila musnah dalam kebakaran pada 7.30 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, kejadian berlaku pada 7.25 pagi dengan pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 10 minit kemudian.

"Api berjaya dikawal dua jam kemudian dan semua empat rumah yang diperbuat daripada kayu musnah 100 peratus," katanya.

Kejadian kedua berlaku di Kampung Sambir, Asajaya dekat Kota Samarahan apabila dua daripada tiga rumah musnah dalam kebakaran pada 11.21 pagi.

"Kedua-dua rumah terbabit terbakar 80 hingga 90 peratus manakala sebuah lagi, 20 peratus. Pasukan forensik sudah bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan termasuk membuat taksiran kerugian dialami mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 3:52 PM