Beijing: Pembunuh dan perogol bersiri, Zhao Zhihong, yang sebelum ini menyebabkan seorang lelaki tidak bersalah dijatuhi hukuman gantung, disabitkan kesalahan membunuh, merogol, merompak dan mencuri oleh Mahkamah Sesyen Hohhot, semalam

Zhao didenda 53,000 yuan (RM30,190) sebagai tambahan denda 102,768 yuan (RM58,524.66) difail plaintif sivil.

Sebelum ini, seorang remaja berasal dari Mongolia, Huugjilt, 19, disabitkan kesalahan membunuh dan merogol di Hohhot pada 1996.

Hanya selepas 61 hari selepas kes itu ditamatkan, Huugjilt menjalani hukuman mati.

Ketika hakim menjatuhi hukuman ke atas Zhao semalam, ibu bapa Huugjilt dijemput mendengar keputusan itu.

Kes berkenaan menimbulkan kontroversi.

Zhao ditangkap pada 2005 atas kesalahan lain dan dia mengaku terbabit dalam jenayah yang dikaitkan dengan Huugjilt.

Zhao dipenjarakan sejak dia membuat pengakuan itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 7:16 AM