PEMAIN Johor DT rancang strategi ampuh jumpa FELDA.
PEMAIN Johor DT rancang strategi ampuh jumpa FELDA.
Oleh Rizar Mohd Noor.

[email protected].

Johor Bahru: Belum ada kepastian sama ada Marcos Antonio akan diturunkan atau sebaliknya apabila Johor Darul Ta'zim (Johor DT) berdepan FELDA United pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Difahamkan turut mengalami kecederaan pemain tengah skuad Harimau Selatan, Safiq Rahim namun ia tidak membimbangkan malah ketua jurulatih Bojan Hodak sudah ada perancangan jika Antonio tidak dapat diturunkan pada perlawanan itu.

"Kena tunggu sehari lagi dan saya akan putuskan sama ada Marcos boleh beraksi atau terpaksa direhatkan namun kecederaan Safiq tidak serius dan akan diturunkan menentang FELDA United.

"Apa pun saya sudah mengenal pasti pemain yang akan menggalas tugas mengemudi benteng pertahanan sama ada Aidil Zafuan Radzak atau Hariss Harun jika Marcos tidak beraksi untuk bergandingan bersama Fadhli Shas.

"Senario ini tidak meresahkan saya kerana kami sudah berdepan pasukan yang kuat sepanjang aksi kumpulan disusuli perlawanan suku akhir dan kini menentang FELDA United yang berstatus pasukan hebat," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Oktober 2014 @ 5:01 AM