Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim (Johor DT) turun berdepan FELDA United di Stadium Selayang, malam ini tanpa kelibat pemain pertahanan kental, Marcos Antonio yang masih menjalani penggantungan perlawanan.

Bagaimanapun, situasi itu tidak mengundang resah pengendali Johor DT Mario Gomez yang percaya gandingan Junior Eldstal dan Aidil Zafuan Abd Radzak menunjukkan keserasian jitu apabila digandingkan ketika menentang Perak, Rabu lalu.

Apa pun, Gomez juga tidak menolak sama ada akan menurunkan Mohd Fadhli Shas atau Mohd Amer Saidin untuk bergandingan dengan Junior atau Aidil Zafuan dan ia memberi banyak pilihan bagi membentuk benteng yang ampuh.

“Mungkin Aidil Zafuan akan bergandingan dengan Junior atau Mohd Fadhli-Aidil atau Junior dan mungkin juga Mohd Amer dan saya ada banyak pilihan malah akan membuat keputusan sebelum aksi bermula.

“Posisi tengah juga akan diperkuatkan lagi kerana saya mahu Safiq Rahim bergerak bebas untuk menjadi perancang utama sambil Jasazrin Jamaluddin, Hariss Harun atau Gary Steven Robbat membantu kapten Johor DT itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 5:33 AM