KELIHATAN trendy dengan rekaan terkini.
KELIHATAN trendy dengan rekaan terkini.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Wanita yang menyusukan bayi memerlukan pakaian sesuai terutama memudahkannya melakukan proses penyusuan selain selesa dan sentiasa kelihatan cantik bergaya.

Semua elemen terbabit amat dititikberatkan kebanyakan wanita terutama ibu muda yang mementingkan aspek penampilan diri tidak kira di mana saja berada.

Pemilihan baju yang tepat dan memudahkan proses penyusuan ternyata penting ketika keluar rumah tidak kira bagi menghadiri jemputan majlis mahupun hanya keluar bersantai di hujung minggu.

Memikirkan aspek terbabit, jenama Feedmilk mengeluarkan pakaian yang membantu ibu menyusu tampil bergaya dan amat memudahkan kerana pakaian itu hanya perlu diselak tanpa perlu membuka zip mahupun butang.

Menurut pengasas Feedmilk Anis Syuhada Shamshul Bahar, keluaran fesyen baju terbaru jenama berkenaan dijual pada harga berpatutan dengan tema eksklusif iaitu RM100 hingga RM149 dan ekonomi pada harga RM64 hingga RM83.

Menurutnya, antara fesyen baju terbaru ialah Fluffy Doll Jubah, Caliph Dress, Mojo Jubah, Maybelin Top , Dual Basic Top, Sleeq Patch Jubah, Neddy Jubah dan Sofie Scallop.

"Fluffy Doll Jubah adalah gabungan warna pastel aqua peach dan mint blue serta rekaan puff di bahu mewujudkan interpretasi patung sesuai dengan nama jubah ini manakala Caliph Dress yang direka dengan material kapas denim hadir dalam tiga pilihan warna.

"Mojo Jubah pula jubah yang menggunakan material kapas denim hadir dalam dua warna iaitu Aqua Pink dan Nude Brown serta gabungan sekuin di lengan manakala Dual Basic Top pula adalah gabungan warna moden yang direka dengan warna mint green dan urban brown.

"Sleeq Patch adalah jubah berkonsepkan urban, tetapi masih mengekalkan naluri peribadi wanita yang berwarna denim dan sekuin hitam, boleh dipakai bersama seluar jean," ujarnya.

Neddy Jubah adalah jubah eksklusif yang sesuai untuk majlis formal dan semi formal yang hadir dalam dua gabungan warna dalam satu jubah. Ia mempunyai keseluruhan lima pilihan warna yang diberi nama frozen pink, mint pastel, premium qoisei, mint lilac dan magnum black.

"Sofie Scallop Top yang dikategorikan sebagai comel dengan rekaan scallop di bawah baju menimbulkan emosi keibuan kepada si pemakai dan dengan fabrik baju-T kapas, ia menjanjikan keselesaan pada si ibu walau dipakai dalam cuaca panas.

"Feedmilk lebih memberi fokus kepada ibu menyusu dan ibu mengandung, tetapi turut mendapat perhatian ibu yang tidak menyusu serta remaja yang sukakan rekaan dan warna jubah serta baju top terkini," katanya.

Menurutnya, semua pakaian terbabit boleh didapati secara dalam talian di facebook www.facebook.com/feedmilk atau di Instagram @feedmilk serta laman web www.feedmilk.com.

Anis Syuhada berkata, pihaknya yakin setiap individu yang menggayakan pakaian keluarannya berasa selesa dan mudah ke mana saja tanpa memerlukan masa untuk bersiap lama atau memilih pakaian yang sesuai untuk penyusuan bayi.

"Semua koleksi kami membuatkan ibu menyusu tersenyum kerana mereka tidak perlu runsing untuk bergaya dan pada masa sama, menjalankan rutin penyusuan.

"Selain itu, koleksi kami juga amat trendy dan membuatkan pemakai sentiasa nampak bergaya terutama ketika bersama si kecil kesayangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Februari 2015 @ 4:55 AM