YAMAHA YZF-R25 dijangka berada di pasaran April ini.
YAMAHA YZF-R25 dijangka berada di pasaran April ini.
Oleh Erywan Norshal


Sepang: Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan motosikal kategori 'sportbike', Yamaha YZR-R25, hari ini.

Yamaha YZR-R25 menggunakan enjin dua silinder sebaris berseseran 250 cc.

Jentera dalam keluarga Yamaha R Series termasuk YZF-R1 itu dipadankan kerangka berlian yang ringan dengan penampilan sporty.

Yamaha YZF-R25 yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang HLYM di Sungai Buloh, Selangor dijangka berada di pasaran awal April ini.

Harga anggaran motosikal itu dijual kira-kira RM20,000.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 7:16 PM