Boey kembali membawa pembaca menyelami zaman kanak-kanaknya yang ramai antara kita pernah melalui perkara sama seperti dipaparkan dalam buku ini.

Edisi ketiga When I Was A Kid ini sekali lagi mengimbau zaman kecilnya ketika membesar di Johor Bahru dan menyeberangi lautan untuk ke sekolah di Singapura pada era 1980-an.

Saat berusia 17 tahun, Boey melanjutkan pengajian di San Francisco, Amerika Syarikat dan menetap serta meneruskan kariernya di sana.

Pendekatan dalam bentuk lakaran dan kartun lucu menjadikan buku ini antara bahan bacaan menarik untuk menenangkan fikiran.

Selain itu, Boey tidak lokek berkongsi foto kenangannya yang membuatkan naskhah ini lebih seronok untuk dibelek.

INFO:

Judul: When I Was A Kid 3-Childhood Stories by Boey

Penulis: Chee Ming Boey

Harga: RM34.90

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Februari 2015 @ 9:01 AM