IBU Bapa kepada penumpang Pesawat MH370, S Puspanathan mengesat airmata mengenangkan nasib anak lelakinya. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
IBU Bapa kepada penumpang Pesawat MH370, S Puspanathan mengesat airmata mengenangkan nasib anak lelakinya. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Oleh Norashikin Leman


Banting: Ibu kepada seorang daripada penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 menegaskan tidak mahu mendaftar kematian anaknya, S Puspanathan, 34, selagi dia masih hidup.

"Saya tidak akan mendaftar kematiannya selagi saya hidup," kata A Amirtham, 61, ketika ditemui di kediamannya.

Amirtham berkata, selagi tiada bukti menunjukkan pesawat itu terbabit dalam nahas selagi itulah dia yakin anak lelaki tunggalnya itu masih hidup.

Menurutnya, isteri dan anaknya menetap di Kuala Lumpur dan tidak pasti sama ada pihak MAS ada menghubungi menantunya untuk sebarang urusan.

Katanya, kalau anaknya sudah meninggal dunia, dia mahu melihat mayatnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro 31 Januari 2015, untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 10:20 PM