Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Ia bagaikan bukan aksi final apabila Malaysia membelasah Poland 8-0 sekali gus muncul juara Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia 2015 di Stadium Hoki Sengkang, Singapura semalam.

Pasukan bimbingan Tai Beng Hai yang diletakkan sebagai pilihan utama, tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila berjaya meraih gol sulung menerusi pukulan sudut penalti Faizal Saari pada minit ketiga.

Empat minit kemudian ketua pasukan, Razie Rahim menjaringkan gol kedua juga menerusi pukulan sudut penalti dan dia menambah gol kedua peribadi juga menerusi gerakan sama pada minit ke-21.

Penguasaan Malaysia diteruskan pada suku kedua apabila pada minit ke-33 Faizal menjaringkan gol keempat, kali ini ia terhasil melalui jaringan dan gol kelima pula disumbangkan Nabil Fiqri Mohd Noor pada minit ke-42.

Skuad negara memperoleh gol keenam pada minit ke-48 menerusi Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Jalil yang terhasil melalui jaringan padang dan Muhammad Haziq Shamsul berjaya menggegarkan jaring lima minit sebelum tamat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 5:03 AM