PERPINDAHAN tahunan terhebat haiwan meliputi gnu, kuda belang dan haiwan liar lain di Dataran Serengeti.
PERPINDAHAN tahunan terhebat haiwan meliputi gnu, kuda belang dan haiwan liar lain di Dataran Serengeti.
LELAKI kaum Maasai membuat persediaan untuk menyambut Camilla, Duchess of Cornwall dan Putera Charles ketika lawatan ke Majengo Maasai Boma pada 2011 di Arusha, Tanzania.
LELAKI kaum Maasai membuat persediaan untuk menyambut Camilla, Duchess of Cornwall dan Putera Charles ketika lawatan ke Majengo Maasai Boma pada 2011 di Arusha, Tanzania.
KAWAH Ngorongoro disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
KAWAH Ngorongoro disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
BANYAK lapisan sejarah dapat dilihat di Stone Town di Pulau Zanzibar.
BANYAK lapisan sejarah dapat dilihat di Stone Town di Pulau Zanzibar.
GUNUNG Kilimanjaro tertinggi di Afrika.
GUNUNG Kilimanjaro tertinggi di Afrika.
SINGA sentiasa menjadi tarikan pelancong yang teruja melihat aksi liarnya.
SINGA sentiasa menjadi tarikan pelancong yang teruja melihat aksi liarnya.
Susunan Siti Salmiah A Hamid

Tanzania sebenarnya bukan sekadar tempat untuk anda bebas mendaki gunung tertinggi di dunia.

Hidupan liar menakjubkan di negara Afrika Timur, kawah gunung berapi yang meluas dan kepulauan yang menarik membezakannya sebagai destinasi pelancongan unik.

Lautan India terletak di sebelah timur Tanzania yang berada di antara Kenya dan Mozambique dan Zanzibar 'pulau rempah' adalah 22 batu di luar tanah besar.

Dataran luas Tanzania tidak mempunyai ramai penduduk. Anggaran menunjukkan separuh daripada populasi singa semakin berkurangan di Afrika Timur.

Pun begitu, anda masih mempunyai banyak cara untuk menikmati keindahan di Tanzania.

Kawah Ngorongoro

Turut dikenali sebagai Taman Eden Afrika kerana menempatkan sejumlah 25,000 haiwan liar di Kawasan Pemuliharaan Ngorongoro meliputi 8,288 kilometer persegi di tenggara Dataran Serengeti bersempadan dengan Taman Negara Serengeti.

Kawah Ngorongoro seluas 19 kilometer adalah kawasan permata. Ia memiliki kaldera terbesar di dunia yang terbentuk selepas gunung berapi aktif itu runtuh kira-kira 2.5 juta tahun lalu.

Lebih daripada sejuta seladang akan melalui kawasan ketika penghijrahan besar-besaran tahunan. Ia adalah satu daripada keadaan semula jadi paling luar biasa di planet ini.

Setiap tahun dari Disember sehingga Mac, haiwan seperti gnu, seladang, kuda belang dan lain-lain berkumpul berhampiran dengan Tasik Ndutu di pinggir kawasan pemuliharaan. Dari situ, haiwan berkenaan akan bergerak ke utara dan berakhir di utara Serengeti dan Kenya Maasai Mara pada musim luruh.

Selain kawanan besar gnu, badak hitam, harimau bintang, gazel dan burung yang hidup di sini, haiwan yang paling berkuasa masih menguasai kawasan ini iaitu singa.

Kenali singa

Anda pasti akan tercari-cari singa di Serengeti dan pemuliharaan haiwan ini sangat dipelihara.

Singa liar kuning kecoklatan itu berbangga kerana mendominasi kawasan Ndutu di tenggara Serengeti dan ia bukanlah 'Lion King', sejenis anak kucing gebu yang anda sangkakan.

Makhluk gergasi ini sangat dihormati dalam kalangan penduduk tempatan kerana sejarahnya menegakkan kawasan penguasaan apabila dicabar oleh pemburu agresif.

Dalam usaha untuk mengurangkan galakan pembunuhan singa di Ekosistem Amboseli, organisasi pemuliharaan Penjaga Singa merekrut pahlawan muda Maasai untuk melindungi makhluk agung itu.

Dengan menamakan singa dan membangunkan sistem perhubungan dengan menjejaki haiwan berkenaan, ahli program penjaga itu menyedari bahawa haiwan seperti singa betina tempatan Selenkay boleh hidup aman dan berjiran dengan manusia.

Safari Serengeti yang luas itu memberi pelancong peluang yang jarang dinikmati bagi melihat kemegahan kucing ini di wilayah asalnya. Lodge Ndutu Safari mempunyai 34 kotej dengan beranda yang menghadap Tasik Ndutu.

Mempelajari budaya Maasai

Salah satu suku pahlawan terakhir di dunia dan menurut kaum Maasai, haiwan iaitu lembu dianggap penting bagi meneruskan kehidupan seharian. Selain tenusu, daging dan darah yang dijadikan makanan, lembu juga adalah mata wang rantau ini.

Suku itu berhijrah bersama ternakan mereka ke utara Tanzania dan selatan Kenya, membina perkampungan mereka sendiri. Penempatan umumnya terdiri daripada pagar cincin yang memagari sekumpulan keluarga, ternakan, kawasan berlumpur dan rumah baja.

Di mana ternakan berada, di situlah wujud kucing besar yang memburu makanan. Perhubungan di antara kaum Maasai dan singa menarik perhatian pelancong yang singgah menaiki trak dengan keadaan agak tegang tetapi tenang seketika.

Kaum Maasai adalah lawan yang menggerunkan kerana mereka mengamalkan hampir 100 peratus diet protein. Makanan ruji berupa amasi, berketul-ketul seperti minuman yogurt yang diperbuat daripada tapai susu.

Kepulauan rempah

Kepulauan separa autonomi di luar pantai Tanzania mempamerkan pelbagai kekayaan dan pengaruh yang tiba ke negara mereka.

Di pulau Zanzibar, Afrika, Arab, India dan Eropah muncul perasa dalam masakan, pada rumah, rakyat dan ukiran pintu yang terkenal. Hari ini, 99 peratus daripada penduduk adalah Islam dengan sepertiga daripada penduduk di tanah besar.

Pelancongan sudah menggantikan perdagangan rempah dan hamba yang membentuk sejarah di pulau itu. Makanan lazat di jalanan adalah sebahagian daripada pengalaman tempatan.

Setiap malam di Stone Town Forodhani Gardens, penjual akan membuka gerai yang menjual pelbagai makanan laut ringan dan pizza Zanzibar yang terkenal.

Pizza Zanzibar dihormati sebagai satu makanan paling lazat di rantau ini.

Dengan hiasan atasnya terdiri daripada daging segar sehingga kepada jus mangga, krep pizza seperti itu membawa rasa hampir sama dengan burrito. Tidak seperti kerak piza tradisional, pelbagai piza Zanzibar memiliki tekstur lempeng.

Pelbagai kereta sorong dipenuhi dengan pencucuk makanan laut segar, donat Afrika dikenali sebagai 'mandazi' dan roti goreng. Sebagai pencuci mulut, cubalah beberapa madu atau campuran air tebu, halia dan jus limau.

Berdekatan Pulau Pemba juga sebahagian daripada Kepulauan Zanzibar menawarkan suasana lebih senyap dan pengalaman tidak terusik.

Dikenali sebagai Pulau Hijau kerana memiliki tumbuhan subur, wangian lembut dan manis menusuk hidung hingga menghilangkan nama pulau rempah. Bukit-bukau itu turut menghasilkan tanaman wangian lain seperti mangga dan kelapa.

Pantai Pemba adalah rumah kepada beberapa kawasan selaman terbaik Afrika Timur. Nikmati snorkeling atau menyelam di perairan laut sambil mengagumi pari-pari anggun, karang hidup menakjubkan dan kumpulan pelbagai ikan.

Menakluki Kilimanjaro

Gunung bebas berdiri tertinggi di dunia, di timur laut Tanzania adalah Gunung Kilimanjaro yang berjaya menarik kedatangan pelancong kerana laluannya agak sukar diakses.

Sesetengah puncak menjulang tinggi memerlukan ketangkasan seperti Spiderman untuk mendaki dan memanjat. Tetapi untuk menakluk Kilimanjaro menuntut latihan yang tinggi, arah penentu dan tongkat jalan.

Kilimanjaro adalah puncak tertinggi di Afrika dengan ketinggian 5.895 meter. Memperuntukkan sekurang-kurangnya lima atau enam hari pendakian untuk sampai ke puncak.

Pendaki yang mahu memanjat gunung itu, mereka akan merasai perubahan iklim Afrika daripada panas tropika di bahagian bawah sehingga kesejukan ais di bahagian atas Afrika.

Pandangan daripada Puncak Uhuru memberikan gambaran menakjubkan bagi negara yang terbentang luas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 5:01 AM