KENDERAAN yang terbabit kemalangan.
KENDERAAN yang terbabit kemalangan.
Oleh Muhamaad Razis Ismail

Machang: Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah MPV dalam kemalangan di KM37.1 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai di sini pagi tadi .

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa, Syahrizal Afendi Mamat yang memandu kereta Proton Iswara, meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

Penumpang Proton Iswara dan tiga mangsa di dalam MPV hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Asisten Superintendan Loo Lian Lay berkata, kejadian turut menyebabkan empat kereta terbabas ke tepi jalan namun pemandu dan penumpang tidak mengalami kecederaan.

"Proton Iswara dari arah Kota Bharu dipercayai terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah MPV jenis Nissan Grand Livina yang datang dari arah Machang.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 12:51 PM