Maahad Tahfiz Imtiaz (MTI) La Tansa memperkenalkan pendidikan berkonsep Semua Dalam Satu bagi membentuk generasi pelajar berakhlak dan profesional menjelang 2020.

MTI La Tansa diurus tadbir Bab Alkauthar yang berpengalaman 15 tahun mengendalikan Maahad Diniah dan Tahfiz al-Quran.

Pendidikan awal kanak-kanak seusia lima dan enam tahun berteraskan pratahfiz kemudian ke Sekolah Rendah Intergrasi Pra Hafiz dan meneruskan pengajian peringkat Maahad Tahfiz.

Bermatlamat melahirkan generasi berakhlak dan mempunyai pengukuhan jati diri, MTI La Tansa turut menerapkan suasana pembentukan akhlak dan moral dalam pembelajarannya.

Antara kelebihan ditawarkan MTI La Tansa ialah persekitaran penggunaan bahasa Arab, program perkhemahan cuti sekolah bagi melatih pelajar berdikari, program qiamullail berjemaah yang disusun bagi meningkatkan daya ingatan dan membentuk daya kepimpinan pelajar serta teknik dan kaedah hafalan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 5:00 AM