CAZORLA (kiri) meraikan gol hasil sepakan penalti bersama Giroud. FOTO Reuters
CAZORLA (kiri) meraikan gol hasil sepakan penalti bersama Giroud. FOTO Reuters

London: Arsenal mengukuhkan peluang kembali ke empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 di Stadium Etihad, Manchester, awal pagi tadi.

Santi Cazorla menjaringkan gol pertama perlawanan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-24 hasil asakan kapten City Vincent Kompany ke atas Nacho Monreal.

Hantaran Cazorla juga membolehkan Olivier Girourd menandukkan gol kedua pada minit ke-67.

Keputusan ini membolehkan Arsenal berada di tempat kelima dan kini hanya satu mata di belakang Manchester United.

Kemenangan itu juga memastikan Chelsea lebih selesa di tempat pertama dengan lima mata mendahului City di tempat kedua.

Namun, Manchester City dan Chelsea bakal bertemu di Stamford Bridge pada awal pagi 1 Februari.

Saingan ini juga adalah kekalahan pertama City dalam 15 perlawanan dan kemenangan pertama Arsenal di Stadium Etihad sejak Oktober 2010.

Dalam satu lagi perlawanan sebelum itu, West Ham United mengalahkan Hull City 3-0 di Upton Park. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 2:36 AM