MONREAL (tengah) harap Gunners benam Citizens.
MONREAL (tengah) harap Gunners benam Citizens.

London: Memenangi Piala FA serta menamatkan musim di kelompok empat teratas kekal menjadi sasaran Arsenal walaupun sedang berdepan masalah, kata pertahanan Nacho Monreal.

Arsenal memulakan musim ini dengan baik apabila memenangi enam perlawanan berturut-turut hingga membolehkan mereka menduduki tangga kedua liga tetapi kini ketinggalan tujuh mata di belakang pasukan di tangga keempat Manchester City gara-gara hanya menang dua daripada enam perlawanan terakhir.

Kejayaan Arsenal memenangi Piala FA dua musim berturut-turut pada 2014 dan 2015 adalah catatan terbaik kelab London itu sejak kebelakangan ini dan Monreal yang membarisi skuad 2015, berharap prestasi seperti itu dapat diulangi.

“Piala FA adalah sasaran kami selain menamatkan saingan di kelompok empat teratas kerana secara jujurnya, kami tidak lagi boleh memenangi Liga Perdana,” kata Monreal menjelang separuh akhir menentang City.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2017 @ 7:01 AM