Pada usia 37 tahun, penyanyi Tamar Braxton akhirnya mengecapi kebahagiaan diimpikan. Dia gembira menjadi isteri Vince Herbert dan mempunyai cahaya mata. Tamar juga kini bergelar pengacara berjaya.

Katanya, Tuhan memberinya peluang merasai kegembiraan yang diimpikan selama ini selepas menderita kerana membuat pilihan salah.

“Saya memilih lelaki yang sangat pesimis dalam kehidupan. Akibatnya, dia membuatkan saya rasa bersalah apabila memasang angan-angan dan cuba mencapai impian itu.

“Saya menjadi mangsa penderaan. Setiap kali saya berusaha mengecapi impian, dia akan memukul saya. Ketika itu saya tidak mengenali diri saya yang sebenar.

“Banyak kebolehan pada diri yang saya tidak nampak. Saya seolah-olah buta tetapi atas semangat diberikan keluarga, saya membuat keputusan untuk meninggalkan dia,” katanya.

Tamar juga menasihati remaja supaya berhati-hati ketika membuat pilihan. Dia berharap anak muda pada masa kini lebih peka mengenai bakat diri mereka. Dengan cara itu, mereka dapat melindungi diri sendiri daripada membuat keputusan salah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:03 AM