PRESIDEN Samsung Malaysia Electronics, Lee Dong Yong (tiga dari kiri) pada pelancaran Samsung Galaxy Note 4.
PRESIDEN Samsung Malaysia Electronics, Lee Dong Yong (tiga dari kiri) pada pelancaran Samsung Galaxy Note 4.

Kuala Lumpur: Senheng dan senQ Digital Station akan mula menjual telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note 4 sempena penjualan rasminya ke pasaran tempatan hari ini.

Peranti terbaru itu menampilkan identiti anggun baru dan bergaya melalui reka bentuk eksklusif dengan bingkai logam premium dan skrin Quad HD Super AMOLED 5.7 inci yang mudah dikawal dengan hanya satu tangan kerana tekstur belakangnya yang tidak licin.

Samsung Galaxy Note 4 didatangkan dalam empat warna iaitu putih dan hitam sebelum diikuti warna perang keemasan dan merah jambu.

“Apabila membeli-belah di Senheng atau senQ Digital Station, maka anda boleh memilih untuk memiliki peranti ini pada kadar faedah rendah satu peratus melalui Skim Pembayaran Mudah AEON atau melakukan pembayaran melalui kad kredit terpilih untuk pelan tanpa faedah ansuran (IPP) percuma selama 36 bulan,” kata wakil syarikat itu, semalam.

“Untuk pemilik telefon lama, kami menyediakan program tukar ganti bagi model Galaxy S4, Galaxy Note 2 dan Galaxy Note 3 dan layak mendapat rebat sehingga RM666,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Oktober 2014 @ 5:01 AM