Oleh D J Dolasoh

Seramai 80 pelajar Kolej Komuniti Gerik, Perak (KKGP) menabur bakti terhadap alam menerusi program semai bakti di Pengkalan Hulu, Perak, baru-baru ini.

Program tiga hari dua malam bertempat di Gua Gendang dan Gua Itik itu dipenuhi aktiviti bermanfaat, antaranya mengutip sampah di kawasan air terjun, menguji tahap kebersihan air di tasik Pengkalan

Hulu, pertandingan boling menggunakan botol terbuang dan menguji daya kreatif bagi mengukuhkan nilai positif dalam diri pelajar.

Ia turut menjadi platform mengembangkan potensi pelajar di samping me­nguji ketahanan mental dan fizikal mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 5:00 AM