ATANGA dengan kakinya yang dikelar datuknya.  Gambar kanan,  ketika dirawat di hospital.  FOTOAgensi
ATANGA dengan kakinya yang dikelar datuknya. Gambar kanan, ketika dirawat di hospital. FOTOAgensi
Agensi

Accra (Ghana): Seorang lelaki berusia 43 tahun bertindak kejam terhadap cucunya sendiri apabila dia mengelar kaki kanak-kanak itu menggunakan pedang, atas alasan mahu mendisiplinkannya setelah mangsa didakwa ditangkap cuba mencuri.

Dalam kejadian di perkampungan petani di Enchi, barat Ghana, lelaki itu, Asubire Azure, dilaporkan terserempak cucunya Michael Atanga, 13, cuba menyelinap masuk ke rumahnya melalui bumbung untuk mencuri.

Menurut polis, Azure membelasah kanak-kanak itu dengan teruk sebelum mengelar kakinya.

Dia kemudian mengurung Atanga di dalam bilik tanpa membersihkan luka berkenaan yang sangat dalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2017 @ 12:17 AM