AB Rauf (dua kiri)hadir mempengerusikan mesyuarat terakhir Sambutan Ulangtahun UMNO ke-71. Hadir sama, Abdul Jalil (kiri), Amrin (dua kanan) dan Ashraf (kanan). FOTO Muhd Zaaba Zakeria
AB Rauf (dua kiri)hadir mempengerusikan mesyuarat terakhir Sambutan Ulangtahun UMNO ke-71. Hadir sama, Abdul Jalil (kiri), Amrin (dua kanan) dan Ashraf (kanan). FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Mohd Nasif Badruddin


Kuala Lumpur: Lebih 25,000 orang mendaftar untuk menyertai cabutan bertuah bernilai RM1 juta sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 setakat ini.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ahli UMNO yang turut berdaftar sebagai pengundi masih berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan tujuh kereta nasional dan 10 motosikal sehingga pendaftaran berakhir 10 Mei ini.

"Syarat untuk mendapatkan hadiah ini mereka mestilah berada di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam majlis kemuncak pada 11 Mei ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat bersama pengurusan kanan Media Prima Berhad (MPB) di Balai Berita di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Seri Amrin Awaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd, Datuk Abdul Jalil Hamid; Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mahfar Ali; Pengarang Kumpulan New Straits Times, Yushaimi Maulud Yahaya dan Penulis Khas Kanan Harian Metro, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein.

Ab Rauf berkata, larian bendera UMNO dari empat penjuru Malaysia yang bermula 1 Mei lalu mendapat sambutan meriah serta luar biasa daripada ahli parti seluruh negara dan kini dalam fasa kedua sebelum memasuki ibu negara 11 Mei ini.

Katanya, Pergerakan Pemuda UMNO juga turut menganjurkan karnival kerjaya yang menawarkan lebih 7,500 peluang pekerjaan pada 10 dan 11 Mei ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2017 @ 4:40 PM