LEE menunjukkan S8.
LEE menunjukkan S8.
SAMSUNG S8.
SAMSUNG S8.
KAMERA S8 masih cantik.
KAMERA S8 masih cantik.
BUTANG Home kini digital.
BUTANG Home kini digital.
S8 imbas wajah.
S8 imbas wajah.
SISI s8 nipis.
SISI s8 nipis.
REKAAN belakang diperkemas.
REKAAN belakang diperkemas.
KALIS air IP68.
KALIS air IP68.
Afiq Hanif

Kalau satu perkataan perlu dipilih untuk memberi gambaran mengenai Samsung Galaxy S8 atau S8+, penulis akan menaip pantas, ‘gorgeous’ atau cantik.

Apatah lagi selepas Samsung mengubah skrin depannya daripada 16:9 kepada 18.5:9. Sedikit memanjang sekali gus menambah keseluruhan skrin seolah-olah tanpa bezel.

Ia juga bermakna, butang ‘home’ bukan lagi mengikut kaedah biasa yang disediakan pengeluar telefon pintar iaitu secara fizikal direka di tengah bahagian bawah telefon bagi membolehkan skrin besar kelihatan.

Sesuai dengan penggunaan telefon yang kini penuh video dan satu lagi alasan positif Samsung memanjangkan skrin berikutan tabiat pengguna terhadap media sosial, sekali gus membolehkan skrol laman sosial lebih pantas serta banyak kandungan terpapar dalam satu masa.

Kaedah 18.5:9 yang menyaksikan S8 bersaiz 5.8 inci dan S8+ bersaiz 6.2 inci lebih nampak cantik secara luaran.

Paparan baru Samsung terbabit dinamakan Infinity Display.

Naib Presiden Unit Perniagaan Teknologi Maklumat dan Mudah Alihnya Lee Jui Siang berkata, Malaysia antara penerima terawal dua model telefon terbabit.

“Saya boleh sahkan pratempahan boleh dilakukan bermula 11 April hingga 13 April ini namun tarikh pelancarannya belum ditentukan,” katanya.

Berbeza dengan S7 dan S7 edge sebelum ini, kedua-dua model mempunyai lengkung di sisi dan mengekalkan fungsi ikon tepi yang boleh ditetapkan pengguna sendiri.

Elegan S8 dan S8+ bukan lagi pada bahan aluminium dan kaca tetapi skrin tahan lasak depan yang membolehkan 83 peratus skrinnya boleh disentuh serta ditonton. Mungkin ini juga berita baik kepada pengguna yang gemar bermain game atau menonton iflix.

Kepada pengguna yang tidak pernah memiliki atau memegang mana-mana telefon Note atau Edge (namun teringin memperolehnya) sebelum ini, ia adalah masa sesuai untuk kali pertama melakukan pembelian produk Samsung dan merasai pengalaman lengkung terbabit.

Sehingga anda sendiri memegangnya, sukar digambarkan perasaan membelek S8 yang direka kemas dan mewah ini.

Kemudian, datang pula Bixby. Ia adalah jawapan Samsung kepada Siri (Apple), Alexa (Amazon) dan Google Assistant.

Ia bukan lagi soal arahan suara semata-mata. Ciri tiga dalam satu membolehkan anda mengakses dan navigasi pelbagai perkhidmatan dan aplikasi dengan arahan suara, sentuh dan teks.

Buat pertama kali, Samsung memperkenalkan ciri kecerdasan pintar (AI) Bixby yang masih baru dan di peringkat awal sebelum mampu berkomunikasi dengan cemerlang.

Fungsi arahan suara Bixby akan disepadukan dengan aplikasi natif seperti kamera, hubungan, galeri, mesej dan tetapan.

Bixby akan mempelajari tabiat pemakai dan beroperasi pantas menyediakan maklumat yang diinginkan tersedia dipampang.

Misalnya, penulis cuba menghalakan S8 ke kerusi dan Bixby pantas membacanya sebelum memaparkan maklumat kedai yang menjual kerusi terbabit. Tanpa perlu menekan butang lain pula, pengguna boleh mengarahkan Bixby mencari maklumat lain dengan arahan suara.

Namun, satu ciri yang anda mungkin tidak pernah mendengarnya mengenai S8 sejak ia pertama kali dilancarkan minggu lalu pastinya mengenai ciri bluetooth 5 iaitu standard teknologi transmisi tanpa wayar yang pertama kali diperkenalkan.

Bluetooth baru ini memang hebat, dua kali lebih pantas berbanding versi sebelum ini ditambah jaraknya kini menjangkau 300 meter iaitu empat kali lebih jauh berbeza dengan ciri bluetooth lama.

Ia sekali gus membolehkan inovasi dinamakan Bluetooth Dual Audio bermakna audio yang sedang anda dengar juga boleh dikongsi orang lain. Bayangkan sebelum ini anda berkongsi fon telinga dengan orang lain, kini boleh dilakukan tanpa wayar.

Bluetooth Dual Audio membenarkan kelancaran audio didengar meskipun berkongsi dua sambungan tanpa wayar terbabit secara strim.

Selain itu, spesifikasi lain menampakkan S8 mempunyai kelajuan pemprosesan octa core (2.3GHz Quad + 1.7GHz Quad), 64-bit dan 10nm untuk pasaran Malaysia sudah cukup mengujakan yang membolehkan beberapa aplikasi sosial atau game dibuka atau dimainkan tanpa masalah ‘lag’.

Kedua-dua model ini ialah telefon dengan cip 10nm pertama di dunia.

Pemprosesan terbabit juga dibantu RAM 4GB jenis LPDDR4. Selain itu, ia datang dengan storan 64GB dan jika anda masih tidak berpuas hati dengan storan yang ada, tambahnya melalui kad microSD sehingga 256GB.

Bagi kamera, keupayaannya bergantung kepada kamera Dual Pixel 12MP OIS (f1.7) dan kamera depan 8MP AF (f1.7).

Pemprosesan imej baru juga diperkenalkan dengan harapan memantaskan proses merakam foto dan mengekalkan keupayaan Samsung merakam imej yang cantik.

Samsung Galaxy S8 mempunyai bateri berkapasiti 3000mAh manakala S8+ datang bersama bateri 3500mAh.

Berbanding S7, Samsung mengeluarkan lima sekali gus termasuk hitam, kelabu, biru, perak dan emas.

S8 bersaiz 148.9 x 68.1 x 8.0mm dengan berat 152g sementara S8+ pula bersaiz 159.5 x 73.4 x 8.1mm bersama berat 173g.

Dari apa yang dilihat, ia menyaksikan sedikit penambahan aspek kenipisan berbanding S7 dan S7 edge sebelum ini.

Pengimbas cap jari juga kini di bahagian belakang dengan penambahan baru berbanding pengesan mata, Samsung kini datang bersama pengesan wajah. Sebaik butang home disentuh, kamera depan pantas mengesan wajah sebelum membuka telefon terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2017 @ 11:22 AM