LOKASI mangsa ditemui lemas. FOTO ihsan bomba
LOKASI mangsa ditemui lemas. FOTO ihsan bomba
Junaidi Ladjana


Beaufort: Tiga pelajar ditemui lemas ketika menyertai program perkemahan sekolah di sebuah resort di Membakut, Beaufort, jam 9.30 pagi, hari ini.

Mangsa Hafiz Hamizan Rahman, 16, Daniel Norman, 16, dan Khuzaimi Zakaran, 17, adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan ditemui guru pengiring sebelum dibawa ke hospital berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Runzee Abd Thani berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.40 pagi mengenai pelajar dilaporkan lemas sebelum sepasukan bomba dikerah ke lokasi kejadian untuk bantuan menyelamat.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah ditemui dan seorang dibawa ke Hospital Beaufort, manakala dua lagi mangsa dibawa ke Klinik Daerah Membakut.

"Pasukan bomba seterusnya membuat pemantauan di lokasi kejadian untuk memastikan tiada mangsa lain yang terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, anggota bomba seterusnya ke hospital untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Difahamkan, seramai 120 pelajar dan 30 guru pengiring mengikut program perkemahan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 12:05 PM