MANGSA yang ditemui keletihan. FOTO Adnan Ibrahim
MANGSA yang ditemui keletihan. FOTO Adnan Ibrahim
Adnan Ibrahim


Kluang: Lelaki yang dilaporkan hilang kira-kira jam 4 petang pada Khamis lalu di ditemui lemah dibawah pokok kelapa sawit di kebun sawit Kampung Sri Timur di sini, jam 9.20 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Akob Sedek berkata, Mustafa Huat, 41, ditemui kira-kira dua kilometer daripada pondok dia dilaporkan hilang.

"Mangsa ditemui dalam keadaan selamat tetapi lemah mungkin disebabkan kelaparan selepas kira-kira 40 jam tidak menjamah makanan.

"Mangsa dirujuk ke Hospital Pakar Utama, Kluang untuk rawatan kecemasan," katanya ketika ditemui di lobi hospital.

Akob berkata, pencarian hari ke tiga pagi tadi dimulakan kira-kira jam 8.30 pagi bersama-sama pasukan Polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM).\

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 11:46 AM