Aizuddin Saad di Gaziantep dan Turki

Teratur dan lengkap. Keadaan itu jelas saya lihat ketika melawat projek ‘dapur makanan’ untuk pelarian Syria yang terletak di bandar sempadan Turki-Syria di Kilis.

Dapur makanan itu dicetuskan Turkiye Diyanet Vakfi (TDV), yayasan badan kemanusiaan dikendalikan kerajaan Turki di bawah kuasa Menteri Hal Ehwal Agama Turki untuk membantu dan menyokong segala aktiviti berkaitan agama Islam dengan memberi keutamaan kepada pembangunan masyarakat.

Inisiatif TDV itu boleh menampung keperluan makanan setiap hari untuk 15,000 pelarian dan menariknya, 24 pekerja terdiri daripada pelarian Syria ditugaskan memasak menu masakan mengikut cita rasa rakyat negara itu.

Segala peralatan dan kemudahan yang disediakan TDV untuk memasak lengkap dalam menyediakan pelbagai resipi rakyat Syria supaya pelarian itu dapat merasai makanan bagaikan berada di tanah air sendiri.

Saya berpeluang melihat secara dekat bagaimana TDV mengatur dan menguruskan keperluan makanan sebelum bekalan itu dihantar untuk pelarian Syria dua kali sehari di lokasi tertentu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 6:49 AM
KETUA Pengurusan Media MLLFS, Mohd Aiman Mohd Amir (tiga dari kanan) membantu mengacau sup kacang dal ditemani Mehmet  (dua dari kanan) ketika rombongan MLLFS melawat pusat aktiviti agensi bantuan kemanusiaan kerajaan Turki, Diyanet Vakfi di luar sempadan Turki dan Syria, Kilis. FOTO Aizuddin Saad