GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Murni Wan Omar


Kuala Lumpur: “Bertaubatlah, ketahuilah perjuangan jihad kamu ini adalah sia-sia,” kata Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah ketika menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Siti Noor Aishah Atam, 30, atas kesalahan memiliki 12 buku berkaitan kumpulan pengganas.

Mohamad Shariff menjatuhkan hukuman terhadap bekas penuntut universiti awam itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membukti kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 22 Mac 2016.

Bekas penuntut peringkat sarjana kursus Usuluddin itu didakwa memiliki 12 buku berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di rumah di Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu pada 12.25 tengah hari, 22 Mac tahun lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak barangan itu, jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 1:20 PM