PENGARAH kanan yang direman di Mahkamah Majistret Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
PENGARAH kanan yang direman di Mahkamah Majistret Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Pengarah kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ditahan reman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini bagi membantu siasatan kes pecah amanah bernilai RM223,000.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman di Mahkamah Majistret selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira 5 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 12:22 PM