MESSI hampakan Real Madrid pada hujung aksi. FOTO AFP
MESSI hampakan Real Madrid pada hujung aksi. FOTO AFP
AFP

Madrid: Jurulatih Barcelona, Luis Enrique berpuas hati kerana berjaya mengubah nasib mereka ke atas seteru utama Real Madrid apabila jaringan Lionel Messi pada minit terakhir membolehkan mereka mendominasi aksi El Clasico dengan kemenangan 3-2, awal pagi semalam.

Jaringan kedua Messi pada malam itu adalah yang ke-500 buat Barcelona dan melonjakkan kelab Catalunya itu ke puncak La Liga.

“Bagi saya dia pemain terbaik dalam sejarah yang pernah disaksikan dunia bola sepak,” kata Enrique.

“Dalam bola sepak moden yang mana semuanya lebih baik dari segi fizikal dan taktikal dia masih mampu membawa sesuatu yang berbeza.

“Hakikat dia menjaringkan gol ke-500 menunjukkan kami sebagai peminat Barca bertuah memilikinya sebagai pemain kelab ini.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2017 @ 4:34 AM