MANGSA maut di tempat kejadian selepas kereta dipercayai terbabas di kawasan perkuburan. FOTO ihsan Polis
MANGSA maut di tempat kejadian selepas kereta dipercayai terbabas di kawasan perkuburan. FOTO ihsan Polis
Mohd Hilmi Mahmud


Georgetown: Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki rempuh tembok kawasan perkuburan Cina di Jalan Mount Erskine, hari ini.

Dalam kejadian 7.20 pagi itu, pemandu kereta, S Krisnna Kumar, 29, dan penumpang S Rajan, 22, tercampak keluar dari kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala seorang lagi penumpang parah dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Kereta mangsa dipercayai datang dari arah Jalan Lembah Permai menghala ke Jalan Gottlieb dan terbabas ketika tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dihantar HPP untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2017 @ 4:16 PM