Keadaan kemalangan membabitkan  Toyota Hilux dan Honda CRV. FOTO ihsan bomba
Keadaan kemalangan membabitkan Toyota Hilux dan Honda CRV. FOTO ihsan bomba
Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di P3, Jalan Sungai Tua menghala Ulu Yam, Selangor, 6.30 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian, 6.40 petang.

Katanya, lapan anggota bersama dua jentera termasuk kenderaan perkhidmatan perubatan kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikerahkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi anggota mendapati kemalangan membabitkan Toyota Hilux dan Honda CRV.

"Anggota mendapati seorang daripada mangsa meninggal dunia di lokasi manakala empat wanita dan seorang bayi cedera.

"Anggota unit EMRS memberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2017 @ 10:25 PM