Anggota bomba membantu untuk mengeluarkan mangsa kemalangan di Persiaran Saujana Impian di Kajang, awal pagi hari ini. Foto Ihsan JBPM
Anggota bomba membantu untuk mengeluarkan mangsa kemalangan di Persiaran Saujana Impian di Kajang, awal pagi hari ini. Foto Ihsan JBPM
Raja Noraina Raja Rahim

Kajang: Lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dan terbalik di Persiaran Saujana Impian di sini, awal pagi hari ini.

Mangsa, C Ganapathi, 24, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.24 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Kajang dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik sampai di lokasi didapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi yang terbabas dan terbalik.

"Terdapat seorang mangsa lelaki berada di bahagian pemandu. Mangsa disahkan meninggal dunia.

"Anggota bomba kemudiannya mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan," katanya.

Beliau berkata, mayat itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Oktober 2021 @ 12:01 PM