GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Ibrahim Isa


Johor Bahru: Tiga penjenayah ditahan polis selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Damansara Aliff di sini, 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian itu Pasukan Polis Peronda (MPV) menemui empat lelaki dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah rumah sebelum berjaya menahan seorang daripada mereka, manakala yang lain melarikan diri.

"Hasil siasatan, kami berjaya menahan dua lagi lelaki masing-masing seorang di Larkin dan Kempas dalam dua serbuan berbeza beberapa jam kemudian.

"Selain itu, ketiga-tiga lelaki berusia 32, 27 dan 30 tahun itu mendakwa baru melakukan jenayah pecah rumah dan menyelesaikan empat kes di taman perumahan sama.

"Ketiga-tiga suspek ditahan reman hingga 22 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati dua daripada tiga suspek mempunyai rekod dadah manakala seorang lagi mempunyai rekod jenayah pecah rumah.

Katanya, seorang lagi suspek sedang diburu

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2017 @ 6:28 PM