RANCANG percutian 2015 ini dengan bijak untuk mendapatkan percutian penuh bermakna.
RANCANG percutian 2015 ini dengan bijak untuk mendapatkan percutian penuh bermakna.
Susunan Suliati Asri


TAHUN 2015 bagaikan satu permulaan merangka pelbagai hal termasuk melancong atau mengembara di destinasi yang diidamkan.

Jika anda antara yang sering melancong sepanjang 2014 atau mungkin masih belum sempat menikmati percutian tahun lalu, tahun ini mungkin akan memberikan anda percutian lebih menyeronokkan.

Jom semak lapan pe­nyelesaian mengembara ataubercuti pada tahun ini. Selamat bercuti!

Jangan hanya bermimpi, pergi sekarang

Jika lama anda meng­impikan percutian idaman, realisasikan tahun ini. Gunakan tabung yang anda simpan untuk bercuti di destinasi luar negara yang diidamkan sejak dulu.

Jika wang tabungan anda itu tidak mencukupi, penuhilah impian ke destinasi percutian dalam negara yang masih termampu secara perbelanjaan.

Terlalu banyak membuat pertimbangan hanya membuatkan percutian anda tertunda dan mungkin dilupakan terus.

Niatkan dalam hati bahawa 2015 ini adalah tahun bercuti buat anda.

Gunakan cuti yang ada

Baki cuti tahun 2014 masih banyak? Ini masanya anda menghabiskannya segera untuk bercuti. Pilih destinasi percutian yang anda rasakan boleh dijadikan sebagai tempat menyenangkan fikiran.

Jika anda penggemar laut, percutian pantai pasti menyeronokkan. Mahukan lebih cabaran dan sukakan tempat tinggi, jelajahi gunung-ganang, pasti­nya memberikan kepuasan tersendiri.

Bercuti sendirian

Jika biasa bercuti bersama rakan atau keluarga, apa kata anda merancang percutian solo pada tahun 2015 ini.

Bercuti beramai-ramai memang seronok, tetapi setiap orang perlu rasa pengalaman melancong seorang diri.

Dengan percutian solo ini, anda belajar banyak hal mengenai diri anda sendiri, mengatasi ketakutan dan kekuatan diri.

Pengembaraan solo memberikan anda kesempatan menjelajah destinasi yang diinginkan tanpa perlu berkompromi dengan orang lain.

Baca jurnal perjalanan

Tiba masanya anda mem­beli buku yang me­ngisahkan jurnal perjalanan sebagai inspirasi untuk percuti pada tahun ini.

Pilih buku yang mengandungi catatan dan kisah perjalanan, tetapi bukan buku panduan bercuti. Pilih buku yang menulis mengenai destinasi percutian yang anda minati.

Siapa tahu suatu saat giliran anda membuat buku perjalanan kisah sendiri.

Bebaskan diri dari gajet

Dengan dunia yang cang­gih, apa yang berlaku akan dikongsi bersama dengan memuat turun di media sosial masing-masing.

Apa yang terjadi sama ada makan, bermain atau duduk sendirian di rumah juga mahu dikongsi.

Justeru, apa kata pada tahun 2015 ini anda membebaskan diri daripad gajet terutama ketika bercuti.

Kawal diri supaya tidak memuat turun sebarang status dan menikmati perjalanan tanpa membabitkan gajet.

Ketika melancong, ting­galkan laptop atau tablet anda. Cukup membawa telefon bimbit tapi menggunakan aplikasi media sosial yang ada.

Seterusnya, lakukan percutian anda sebaik­nya dengan memulakan dari bersantai di tepi pantai, menikmati makanan tempatan hingga tidur tanpa ditemani telefon bimbit.

Ia pasti memberikan percutian yang cukup bermakna buat anda.

Makan seperti orang tempatan

Nasi bagaikan sesuatu yang tidak dipisahkan saat menjamu selera. Kali ini, apa kata anda mencabar diri makan apa yang dimakan masyarakat tempatan saat bercuti terutama jika ke negara Eropah atau negara yang tidak mengutamakan pengambilan nasi.

Jika bercuti dalam negeri, sempatkan diri anda untuk mencuba makanan tempatan.

Masa bawa beg secara ringan

Tawaran syarikat penerbangan bajet memung­kinkan sesiapa boleh bercuti secara berhemat tapi berat beg yang dibawa adalah terhad.

Jika terlebih had atau ingin­ menambahkan berat bagasi, anda perlu membayar lebih.

Jadi, latih kemampuan anda mengemas barang bawaan secara ring­kas.

Caranya dengan membawa barang perlu saja. Buat daftar barang bawaan dan biasakan jangan bawa barang berlebihan.

Juga belajar mengemas secara baik, misalnya baju digulung dan bukan dilipat untuk menjimatkan ruang dalam beg.

Miliki kelengkapan bercuti

Masanya anda membeli beg percutian yang anda inginkan. Tahun 2015 ini mungkin adalah tahun untuk anda berbelanja peralatan bercuti.

Kelengkapan bercuti lainnya mungkin kelengkapan snorkling seperti 'masker' dan snorkel atau beg tidur dan khemah.

Bagaimanapun, anda juga boleh hanya sekadar menyediakan kelengkapan sederhana semasa bercuti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 5:01 AM