Antara lelaki yang disyaki penagih dadah ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Belakang Market, di sini, hari ini. FOTO ihsan AADK
Antara lelaki yang disyaki penagih dadah ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Belakang Market, di sini, hari ini. FOTO ihsan AADK
Zuliaty Zulkiffli


Bukit Kayu Hitam: Lapan lelaki disyaki penagih dadah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah di sebuah rumah di Kampung Belakang Market, di sini, hari ini.

Dalam serbuan 2.30 petang itu, suspek berusia antara 18 hingga 24 tahun itu dikatakan dalam keadaan khayal dipercayai meminum air ketum yang baru selesai direbus.

Suspek dibawa ke Pejabat AADK Kubang Pasu untuk menjalani ujian saringan awal air kencing.

Ketua Operasi AADK Kedah Megat Rodzep Megat Teh berkata, operasi itu dilakukan berdasarkan maklumat dan risikan berkaitan penagihan dadah di sempadan Malaysia-Thailand.

Sementara itu, beliau berkata, dalam operasi sempadan siri 2 dilakukan sejak Ahad lalu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), seramai 63 ditahan kerana disyaki terbabit dengan dadah.

"Daripada jumlah itu, 13 daripadanya wanita manakala selebihnya lelaki berusia 20 tahun ke atas dan kebanyakannya baru pulang dari Thailand kerana menyertai Pesta Songkran.

"Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2017 @ 5:20 PM