Azlan Muhammad Zain


Sepang: Jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang berjanji untuk berusaha lebih keras dalam memartabatkan lagi sukan berbasikal negara.

Katanya, dia perlu menggandakan usaha selepas bergelar juara dunia dalam acara keirin minggu lalu.

"Sudah pasti saya perlu mengorak langkah untuk terus ke atas, tidak boleh turun ke bawah. Saya perlu berusaha lebih keras berbanding sekarang," katanya sebaik tiba di KLIA sebentar tadi.

Menurutnya, jurulatih John Beasley akan melakukan perancangan programnya menjelang Olimpik 2020.

“Sasaran utama Olimpik 2020. Namun perancangan untuk mempertahankan kejuaraan atau memenangi mana-mana kejohanan terpulang kepada perancangan jurulatih," katanya.

Azizulhasni melakar sejarah memenangi emas keirin di Kejohanan Trek Dunia di Hong Kong minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2017 @ 10:08 PM
Azizulhasni disambut penyokong di balai ketibaan KLIA selepas muncul juara dunia kejohanan dunia keirin di Hong Kong baru-baru ini. FOTO Luqman Hakim Zubir
Azizulhasni disambut penyokong di balai ketibaan KLIA selepas muncul juara dunia kejohanan dunia keirin di Hong Kong baru-baru ini. FOTO Luqman Hakim Zubir