Keadaan rumah  di Jalan Punang, Lawas, yang terbakar, mengorbankan dua beradik, - Foto Ihsan Bomba
Keadaan rumah di Jalan Punang, Lawas, yang terbakar, mengorbankan dua beradik, - Foto Ihsan Bomba
Mohd Rizal Abdullah


Lawas: Pasangan adik beradik lelaki berusia 58 dan 57 tahun rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Punang, Lawas, awal pagi, hari ini.

Dalam kejadian 2 pagi itu, Teo Yin See, 58, dan adiknya, TeoYun Tiong, 57, ditemui dalam bilik rumah berkenaan oleh anggota bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Zaki Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.19 pagi berhubung kejadian itu dan diberitahu ada dua mangsa terperangkap.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Lawas dikerahkan ke lokasi dan berjaya mengawal kebakaran pada 3.01 pagi.

“Ketika kerja pemadaman dilakukan, anggota bomba menemui mayat kedua-dua mangsa yang sudah rentung," katanya.

Menurutnya, mayat dua mangsa itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2017 @ 11:40 AM