Najib meninjau pelan tapak pembangunan PU Sendayan Negeri Sembilan sempena lawatan kerja. Turut hadir, Hishammuddin, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. FOTO Iqmal Haqim Rosman

Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Ayshah Jamaludin

Seremban: Pangkalan Udara (PU) Sendayan, di sini, yang siap sepenuhnya pada 31 Disember depan akan menjadi pangkalan terbesar di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, pangkalan itu yang dipindahkan dari PU Kuala Lumpur di Sungai Besi bersaiz tiga kali lebih besar dan berkeluasan 303 hektar.

Katanya, selain kemudahan ketenteraan, bangunan pentadbiran, pusat rekreasi, pusat latihan, markas pendidikan dan kompleks sukan, turut dibina adalah penempatan untuk anggota.

"Pangkalan yang terletak 75 kilometer dari Kuala Lumpur kini 80 peratus siap. Sebaik siap, ia menempatkan Markas Pemerintahan Pendidikan Latihan Tentera Udara (MPPLU) dan beberapa pusat latihan TUDM.

"Jumlah keseluruhan anggota adalah 600 pegawai dan anggota serta 1,300 ahli keluarga," katanya pada sidang media selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengadakan lawatan di PU Sendayan, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 12:28 PM