Abdul Hadi menjawab pertanyaan wartawan sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, malam tadi. FOTO Zaid Salim
Abdul Hadi menjawab pertanyaan wartawan sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, malam tadi. FOTO Zaid Salim
Zaid Salim

Kuala Nerus: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaafkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkaitan fitnah bahawa parti itu menerima dana 1MDB.

Menurutnya, beliau dengan rendah hati memaafkan Naib Presiden PKR terbabit di atas dakwaannya itu.

"Kesalahan dia itu, saya maafkan kerana dia tak tau dosa pahala tetapi kesalahan dengan Tuhan kena taubat," katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, malam tadi.

Ketibaan Abdul Hadi disambut kira-kira 5,000 penyokong PAS yang berhimpun di pekarangan lapangan terbang berkenaan.

Berkaitan RUU 355, Abdul Hadi mengharapkan Parlimen meluluskan rang undang undang berkenaan selepas dibentangkan kerana ia mendapat sokongan dariseluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik.

Beliau juga meminta orang bukan Islam tidak ganggu dan dapatmemberi kerjasama demi perpaduan masyarakat majmuk.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2017 @ 11:33 PM