BASUH tangan dengan betul kurangkan penyebaran kuman.
BASUH tangan dengan betul kurangkan penyebaran kuman.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Tangan yang tidak bersih berpotensi menyebabkan anda dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit kepada orang lain di sekeliling kita.

Penyakit seperti selesema, demam dan cirit-birit antara penyakit sangat mudah berjangkit dan diketahui mampu merebak melalui sentuhan tangan.

Membasuh tangan salah satu daripada cara mengelakkan penyebaran bakteria dan amat penting agar ibu bapa menggalakkan anak kecil untuk membasuh tangan dengan cara yang betul.

Tabiat membasuh tangan dengan kerap dapat membantu kita dan orang sekeliling daripada dijangkiti kuman dengan mengawal penyebaran kuman dan mengekalkan persekitaran yang sihat.

Terdapat langkah membasuh tangan dengan betul yang seandainya diamalkan dengan kerap dapat membantu mengurangkan penyebaran kuman penyebab penyakit.

Ketua Virologi dan Pengujian Disinfektan Labor Prof G Enders & Partner, Jerman, Dr Maren Eggers menunjukkan langkah membasuh tangan dengan pembersih kulit antiseptik Betadine.

Langkah 1 - Basahkan kedua-dua tangan dengan air bersih.

Langkah 2 - Gunakan sabun secukupnya hingga meliputi seluruh permukaan tangan.

Langkah 3 - Gosok kedua-dua tapak tangan antara satu sama lain.

Langkah 4 - Tapak tangan kanan di atas belakang tapak tangan kiri dengan memasukkan jari sebelah tangan di celah tangan satu lagi.

Langkah 5 - Kedua-dua tapak tangan bertemu satu sama lain sambil jari dimasukkan di celah tangan satu lagi.

Langkah 6 - Hujung belakang jari sebelah tangan dikunci hujung belakang jari tangan satu lagi.

Langkah 7 - Secara pusingan gosok ibu jari kiri menggunakan tapak tangan kanan dan sebaliknya.

Langkah 8 - Secara pusingan gosok depan dan belakang tapak tangan dengan hujung jari sebelah lagi ulangi dengan tangan sebelah.

Langkah 9 - Bilas tangan dengan sempurna.

Langkah 10 - Keringkan tangan dengan tuala atau tisu pakai buang. Keringkan tangan dengan menggunakan tuala yang bersih ataupun dengan menggunakan kertas tisu. Jika berada di tandas awam, pengering udara panas boleh digunakan sekiranya ada.

Langkah 11 - Tangan anda kini selamat daripada bakteria.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2017 @ 2:57 AM