Foto Hiasan
Foto Hiasan


Miri: Ibu dan anak lelakinya melecur di tangan serta lengan dalam kebakaran rumah dua tingkat di Fasa 2, Jalan Mulia 4 Tudan, malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong, berkata Wong Suik Lang, 63, dan anak lelakinya yang juga pemilik rumah, Sim Hua Seng, 36, tidak cedera teruk.

“Sim cedera ketika cuba memadamkan api manakala ibunya pula mengalami nasib sama selepas cuba mendapatkan dokumen penting ketika kebakaran berlaku," katanya, di sini, hari ini.

Law berkata, punca kebakaran masih disiasat namun kebakaran dipercayai bermula dari bilik tidur tingkat atas rumah berkenaan.

Beliau berkata bomba menerima panggilan, 9.50 malam, dan kebakaran dapat dikawal pada 10.30 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 10:03 AM