PULANG dengan ijazah drama dari Melbourne, kini belajar vokal, muzik.
PULANG dengan ijazah drama dari Melbourne, kini belajar vokal, muzik.
Ardini Sophia Sina

Keputusan meneruskan kuliah yang tertangguh selama enam bulan sebelum ini membuatkan Nina Nadira bimbang andai namanya terus dilupakan.

Mula melangkah dalam industri seni pada 2014, Nina akui kini perlu bermula dari bawah selepas tamat kuliahnya di Melbourne, Australia.

Nina juga beruntung kerana namanya sudah mula dikenali walaupun baru berlakon lima drama dan menjadi hos program.

Katanya, sekembalinya ke tanah air ada beberapa tawaran yang datang tetapi buat masa ini masih dalam peringkat perbincangan.

“Saya terharu kerana ada tawaran mengendalikan program hiburan sedangkan diri saya masih baru dalam bidang pengacaraan. Apapun, saya masih fikirkan lagi tawaran itu kerana ia belum ada hitam putih.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 5:05 AM