Oleh Junaidi Ladjana


Papar: Seorang penjenayah ditembak mati selepas bertindak melibas parang ke arah polis sehingga menyebabkan seorang anggota polis cedera dalam kejadian di Kampung Madang, Kinarut, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, suspek lelaki berusia 30-an dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat terkena beberapa das tembakan di bahagian badannya.

Difahamkan, suspek dipercayai menyerang anggota polis yang melakukan serbuan di lokasi kejadian dengan menggunakan sebilah parang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman ketika dihubungi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

"Polis masih melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 January 2015 @ 4:31 PM