Kemalangan yang mengorbankan pemandu lori di Kilometer 393.8 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di Hulu Terengganu, 8 pagi tadi. FOTO ihsan PDRM
Kemalangan yang mengorbankan pemandu lori di Kilometer 393.8 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di Hulu Terengganu, 8 pagi tadi. FOTO ihsan PDRM
Nazdy Harun


Hulu Terengganu: Pemandu lori maut apabila kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 393.8 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di Hulu Terengganu, 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, Razali Ahmat @ Sebulik, 39, dari Taman Puteri Indah, Batu Pahat meninggal dunia di tempat kejadian manakala maklumat peribadi kelindannya belum diketahui.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu dari arah Bukit Besi, Dungun, menghala ke Ajil terbabas ke sebelah kiri jalan.

"Pemandunya maut di tempat kejadian dan seorang lagi mangsa (kelindan) cedera dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2017 @ 11:02 AM