UJIAN pelancaran peluru berpandu dari kapal selam di Korea Utara, tahun lalu. FOTO EPA. KCNA
UJIAN pelancaran peluru berpandu dari kapal selam di Korea Utara, tahun lalu. FOTO EPA. KCNA
AFP

Seoul: Korea Utara hari ini melancarkan peluru berpandu balistik ke Laut Jepun, kata Kementerian Pertahanan Korea Utara.

“Pada 6.42 pagi (5.42 pagi waktu Malaysia) hari ini, Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik dari kawasan Sinpo ke Laut Jepun,” kata Kementerian dalam satu kenyataan.

Peluru berpandu itu terbang kira-kira 60 kilometer dan Korea Selatan serta Amerika Syarika kini menganalisis laluan penerbangannya untuk menentukan jenis.

“Angkatan tentera memantau langkah provokatif Korea Utara ini dan mengekalkan tahap pertahanan tinggi,” katanya.

Terdahulu, Presiden Donald Trump menyatakan Amerika Syarikat bersedia menangani Korea Utara berseorangan jika China tidak campur tangan.

Trump juga akan bertemu Presiden China, Xi Jin Ping di resort miliknya, Mar-a-Lago di Florida, Amerika Syarikat, minggu ini.

Februari lalu, Korea Utara melancarkan empat peluru berpandu balistik yang dikatakan sebagai latihan serangan terhadap pangkalan Amerika Syarikat di Jepun.

Pada Ogos tahun lalu, Pyongyang turut melancarkan dari kapal selam peluru berpandu balistik yang terbang 500 kilometer ke arah Jepun.

Pyongyang dilarang mengendalikan pelancaran peluru berpandu balistik atau ujian nuklear mengikut resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2017 @ 8:23 AM