PENGGUNA pengguna jalan raya mengharungi banjir di sekitar Bayan Baru. FOTO Bernama
PENGGUNA pengguna jalan raya mengharungi banjir di sekitar Bayan Baru. FOTO Bernama


Georgetown: Lebih 10 kawasan di Pulau Pinang ditengelami air selepas hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan, sejak 7 malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, antara kawasan terbabit adalah Lorong Batu Lanchang, Jalan P Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Taman Free School, Jalan Bukit Relau, Sungai Ara, Paya Terubong, Greenlane, Jalan Masjid Negeri, Sungai Nibong, Bukit Jambul dan Farlim.

Katanya, keadaan banjir kilat itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama.

“Namun, tiada laporan kemusnahan harta-benda atau kemalangan jiwa diterima berikutan bencana itu,” katanya.

Tinjauan mendapati air di Jalan P Ramlee naik setinggi kira-kira 0.3 meter.

Bagaimanapun, difahamkan tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat banjir kilat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 2:19 AM